Khamis, 25 Mei 2017

Rabun

Ramai diantara kita tidak menyedari yang diri sendiri mempunyai masalah mata. Ini kerana selagi tak terasa sakit dikira sihat.

Mata  sebenarnya adalah  satu anugerah yang sangat bernilai berbanding apa jua didunia ini. Tanpa mata kita tidak dapat melihat segala ciptaan dan keindahan alam semesta.

Terdapat beberapa masalah mata yang kurang diambil berat iaitu:

1)apabila  melihat  jarak jauh kelihatan kabur atau samar2 saja ini dipanggil rabun jauh.(semua peringkat usia)

2)Keadaan  dimana apabila melihat suratkhabar atau hp atau menjahit menjadi kabur ini dikategorikan sebagai rabun dekat atau rabun tua (dimana usia 40 tahun biasa ada)

3)Ketika memandu  kelihatan cahaya tinggi menjadikan mata tidak dapat lihat dengan jelas menjadi berpinar2 atau double.Ini boleh dikategorikan rabun silau.

ANTARA gejala yang biasa menjadi petanda bahawa mata kita bermasalah apabila kerap pening-pening dan kerap sakit kepala.BIASANYA ini akan berlaku kepada pelajar-pelajar.


Cara  mengatasinya:

DIANTARA salah satu  cara yang selamat yang boleh menyelesaikan masalah ialah dengan mengunakan  cermin mata. Cermin mata pula akan dibuat berdasarkan tahap kerabunan dan jua jenis kanta yang sesuai.