Ramai diantara kita tidak menyedari yang diri sendiri mempunyai masalah mata. Ini kerana selagi tak terasa sakit dikira sihat.
Mata sebenarnya adalah satu anugerah yang sangat bernilai berbanding apa jua didunia ini. Tanpa mata kita tidak dapat melihat segala ciptaan dan keindahan alam semesta.
Terdapat beberapa masalah mata yang kurang diambil berat iaitu:
1)apabila melihat jarak jauh kelihatan kabur atau samar2 saja ini dipanggil rabun jauh.(semua peringkat usia)
2)Keadaan dimana apabila melihat suratkhabar atau hp atau menjahit menjadi kabur ini dikategorikan sebagai rabun dekat atau rabun tua (dimana usia 40 tahun biasa ada)
3)Ketika memandu kelihatan cahaya tinggi menjadikan mata tidak dapat lihat dengan jelas menjadi berpinar2 atau double.Ini boleh dikategorikan rabun silau.
ANTARA gejala yang biasa menjadi petanda bahawa mata kita bermasalah apabila kerap pening-pening dan kerap sakit kepala.BIASANYA ini akan berlaku kepada pelajar-pelajar.
Cara mengatasinya:
DIANTARA salah satu cara yang selamat yang boleh menyelesaikan masalah ialah dengan mengunakan cermin mata. Cermin mata pula akan dibuat berdasarkan tahap kerabunan dan jua jenis kanta yang sesuai.